Pages


Sunday, February 13, 2011

Cintaku Kerana Allah

pertemuan bersulamkan..
zikir salam..
aliran perkenalan..
dibatasi syariat..
disinari cahaya ilmu..
ilmu yang agung..
Maha Pencipta..

lukisan kasih sayang..
dihiasi zikir kasih..
mengeratkan walau..
jasad tidak bertemu..
bicara tanpa suara..
tulisan nasihat..
menjadi nafas setia..







setiap nasihatnya..
setiap tegurannya..
tika ku duka..
tika ku suka..
tika ku ketawa..
tika ku menangis..
menjadikan ku..
lebih dekat pada yang Esa..

tanggisan sanubariku..
yang mendambakan..
pembimbing..
telah terhenti..
bukan dirinya ku sanjung..
bukan dirinya ku agungkan..
bukan rupanya menjadi panggilan..
tetapi kerana..
agamanya..

setiap apa yang dinasihatkan..
setiap apa yang dilakukan..
disandarkan kepada..
Allah yang satu..








cintaku padanya...
bukan kerana harta..
bukan kerana rupa..
kerna ku tahu..
itu hanyalah hiasan..
duniawi..
cintaku padanya kerana..
keteguhan imannya..
cintaku padanya kerana..
Allah S.W.T....

Friday, January 21, 2011

Nisfu Sya'aban

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.



Fadhilat Nisfu Syaaban
Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.
  1. Pada malam Nisfu Sya’aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. (Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
  2. Memohon keampunan dua ibu bapa. Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.
  3. Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang) Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.
  4. Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.
  5. Membaca Al-Qur’an.
  6. Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu) [Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.]
  7. Membaca Selawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
  8. Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)
  9. Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

Thursday, January 20, 2011

dulu dan sekarang...

assalamualaikum...
ana ada dengar ceramah taw....dalam tu, penceramah ckap, sekarg lagi jahil dr dulu....
ye kew...???
lau u all tanye pndpt ana...ana setuju apa yg diperkatakan....
percaya x..???


x percaya..????
cube renungkan....

dulu xda agama...
org mencuri..
merompak..
merogol..
membunuh anak perempuan..
menindas org yg tidak mampu..


sekarang ada agama..
agama Islam yg terang dan jelas lg..
org tetap mencuri..
tetap merompak..
tetap merogol..
tetap membunuh anak, bkn anak permpuan jew..lelaki pn..ada yg dibakar..di buang kat dlm tong smpah.. pastu jd makanan anjing...astaghfirullah alazim.....
juga menindas, dah sah2 dijatuhi salah..tapi hukuman tetap bleh di diskaunkan..lebih2 lg hukum yg membabitkan hukuman yg ditetapkan dlm Kalam Allah...yg merana ...org2 yg tdk bersalah....
Allahuakbar....!!!!


dulu xda agama ...jahil..tapi...
skrg ada agama......lg teruk dr dulu.....
ni sume pndpt ana la....
ana ni bdk mentah lg....apa yg ana bce dan dgr serta fhm.....
cam ni la.....
mudah-mudahan kte tdk termasuk di dlm golongan org2 yg membuat dosa besar....
dan termasuk dalam golongan org2 yg selalu mengelak dr melakukan dosa2 kecil.....
serta menjadi org2 yg selalu berusaha mendapat keredhaan Allah S.W.T.....
Insyaallah......