Pages


Wednesday, May 18, 2011

JIWA YANG SUNYI

Assalamualaikum...
Rasanya dah terlalu lama ana tidak update blog ana ni, kalau sebelum cuti sem tu ada exam,sibuk study... sedang cuti sekarang ada beberapa aktiviti bersama keluarga dan kawan2 yang membantutkan ana untuk berfikir dan merenungkan apa yang ingin dikongsikan di sini...bila duduk bersendirian di suatu sudut..rasa macam sunyi la pulak...eerrmm...sebut pasal sunyi ni.. terdetik pula tentang perkataan yang sering juga kedengaran iaitu JIWA YANG SUNYI...

Jiwa Yang Sunyi


Jiwa merangkumi segala aspek seseorang individu iaitu termasuklah mental dan fizikal, zahir dan batin, nyawa dan roh, semangat dan perasaan, dan juga iman dan taqwa itu sendiri. Manusia merupakan makhluk yang terbaik ciptaan Allah S.W.T. yang memiliki akal fikiran dan jiwa untuk melangsungkan kehidupan sebagai khalifah di dunia berlandaskan syariat yang telah ditetapkan. Bercakap tentang jiwa, ada manusia memiliki jiwa yang sunyi dan ada manusia memiliki jiwa yang tenang dan penuh kemanisan yang dirasa.


       Kesunyian yang hadir dalam jiwa bukan kerana kehidupan yang dilalui seorang diri, gtetapi kesunyian itu wujud kerana tiada halawatul iman (kemanisan iman) di dalam ibadat. Makanan yang dimasak pun keenakkannya bergantung kepada tukang masak yang memasak, andai makanan di masak di dalam keadaan emosi tidak tenteram, masakan pun akan jadi kurang sedap. Begitu juga dengan jiwa, waima di hias dengan ibadah yang banyak, yang besar pahalanya tetapi kalau di buat dalam keadaan riak, takabbur, tidak beristiqamah, hanya melakukan untuk mendapat balasan di dunia ataupun sekadar rutin contohnya solat. Ada orang yang melakukan solat sekadar memenuhi rutin hariannya tanpa mengambil kisah samada solatnya betul2 baik atau tidak, atau solatnya hambar sahaja, fizikal solat tetapi fikiran mengingati perkara lain tanpa ada rasa bersalah dan keinsafan malah boleh berkata.."alaaa...tdk mengapa, orang lain solat pun tdk khusyuk juga... kalau masuk neraka pun bukan masuk seorang..ramai lagi yang tidak solat..ramai lagi yang masuk neraka.." itulah diantara pandangan sesetengah manusia yang masih tidak menyedari agaknya yang maut pasti akan datang dan ia merupakan satu kepastian. Tidak dinafikan dunia akhir zaman sekarang susah untuk mencapai kekhusyukkan dalam solat dan ini diakui oleh guru-guru ana sendiri yang merupakan guru agama yang bertauliah, tetapi sebagai  seorang hamba, kite perlu cuba untuk menguasai minda kita supaya fokus terhadap solat bukannya membiarkan syaitan laknatullah yang menguasainya.


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Seseorang yang melengah-lengahkan solatnya (walaupun dia menqqadanya kelak) akan diazab dalam neraka selama satu huqub.”
Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun yang terdiri daripada 360 hari setahun dan satu hari di akhirat adalah sama dengan seribu tahun di dunia ini.



           Tidak semestinya anda seorang yang kaya raya anda tidak sunyi..dan tidak semestinya anda seorang yang miskin atau sederhana tenang jiwanya..anda tahu jawapanya..!!!!!..
Ingatla bahawa dunia ini penuh dengan kelalaian semata-mata, ujian yang diberi melalui harta, anak-anak, kesabaran dan sebagainya untuk menguji adakah kita akan menghunu syurga atau sebaliknya nanti. Jangan memandang remeh tentang amal yang dilakukan kerana keredhaan Allah itu satu rahsia Maha Esa, mungkin juga redha Allah terletak di dalam amal yang sekecil-kecilnya atau mungkin juga kemurkaan Allah didalam dosa yang terkecil yang dilakukan.


Jangan membiarkan jiwa anda sunyi kerana jika anda dapat merasakan manisnya melakukan ibadat, insyallah jiwa dan dunia anda tidak akan merasa kosong lagi kerana apa yang akan dilakukan anda akan meletakkan Allah di dalam jiwa. Sesungguhnya walaupun anda dihina dan dicerca tentang apa yang anda tidak buat dan tidak senangi, walaupun satu dunia memerangi anda, janganlah bersedih asalkan Allah di dalam jiwa, segala kesusuhan akan dapat di selesaikan...insyaallah....amin...


itu sahajalah dari ana untuk kali ini...insyaallah.. kalau ada lagi ilmu yang dapat dikongsi.. ana akan kongsikan disini..assalamualaikum...